ARKIB

KATEGORI

Buletin

RM30.75 juta ganti 200 tiang lampu dibiayai sendiri, tiada kaitan dengan DBKL – Ennova

Berita Tempatan

Views

Ennova Sdn Bhd menjelaskan bahawa kontrak RM30.75 juta bagi menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang, adalah dibiayai sendiri dan “tidak ada kaitan” dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

FreeMalaysiaToday melaporkan, Ketua Pegawai Operasi Ennova, Megat Rozaimi Jaafar berkata projek itu dibiayai secara persendirian oleh syarikatnya, dengan mengupah Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk menjalankan kerja tersebut berdasarkan kos sendiri.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Jelasnya, SCIB dilantik untuk melakukan kerja bagi pihak Ennova. Menurut pemfailan Bursa Malaysia, Ennova adalah pelanggan, bukan DBKL. Tambahnya, ini tiada kena-mengena dengan tender dan prosedur pemberian projek DBKL.

Rozaimi berkata, Ennova adalah sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi, merupakan salah satu daripada 29 syarikat yang mempunyai lesen pembekal kemudahan rangkaian yang dilantik DBKL untuk melaksanakan kerja-kerja penggantian itu.

Beliau berkata, syarikat itu telah melantik SCIB sebagai rakan kongsi pembinaan tiang lampu yang merupakan unit dwi-fungsi baharu diintegrasikan dengan pemancar telekomunikasi untuk menambah baik liputan dan perkhidmatan 5G di seluruh Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Projek itu bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G yang mampu membawa faedah kepada orang ramai pada akhirnya.

Komennya dibuat selepas Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng membangkitkan kebimbangan mengenai kontrak itu dengan kosnya yang kelihatan terlampau tinggi untuk menggantikan 200 tiang lampu, serta mempersoalkan siapa yang membiayai projek RM30.75 juta itu.

DBKL sebelum ini menafikan lantikan SCIB susulan laporan yang mendakwa pihaknya memberikan kontrak tersebut kepada syarikat berpangkalan di Sarawak melalui Ennova.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply