ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji Saga dengan enjin 1,299 cc di Pakistan

Foto Intip

Views

Al-Haj Automotive bersama-sama Proton kini dalam proses untuk memperkenalkan barisan kenderaan baharu di Pakistan. Menurut portal permotoran CarSpiritPK, mereka bakal memperkenalkan Saga 1.3 liter yang kemudiannya disusuli dengan X70.

Apa yang menarik, Saga versi Pakistan akan dilengkapi enjin yang diturunkan sedikit kapasitinya bagi mendapatkan insentif cukai. Saga versi asal dilengkapi dengan enjin 1332cc DOHC VVT yang menghasilkan 94 kuasa kuda dan 120Nm daya kilas, namun untuk versi Pakistan akan menerima enjin 1299cc.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Ini kerana struktur cukai untuk kereta 1300cc dan ke atas adalah berbeza, dan jika Saga berada di bawah 1300cc, ia akan membantu syarikat meletakkan tanda harga yang lebih rendah sekali gus meningkatkan minat pelanggan.

Baru-baru ini, dua unit Saga dengan pelitup celoreng telah dikesan di Lahore, Pakistan. Unit tersebut dikatakan sedang menguji enjin yang telah dikecilkan sesarannya. Menurut info, Saga buat permulaan akan diimport secara siap bina (CBU) dan kemudiannya akan dipasang secara tempatan (CKD) mulai 2021 di kilang pemasangan yang kini sedang dibina di Karachi.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Kilang tersebut dibina dengan nilai pelaburan sebanyak US$30 juta (RM124.39 juta) dan disasarkan untuk mengeluarkan 25,000 unit kenderaan setahun. Selain itu, kilang tersebut dijangka bakal mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 20,000 pekerjaan lagi secara tidak langsung menerusi vendor tempatan.

Berbalik kepada Saga, ia bakal menerima versi facelift terkini yang dilengkapi dengan transmisi 4-kelajuan automatik dari Hyundai selain pilihan transmisi 5-kelajuan manual. Pembangunan enjin 1299cc baharu itu dijangka selesai menjelang Mei 2020 dan kemudiannya ia sedia ke fasa pengeluaran massa.

Pelancaran Saga dan X70 di Pakistan dijangka menjelang separuh pertama 2020. Menurut maklumat yang kami perolehi, Saga di pasaran Malaysia juga dikatakan bakal menerima enjin 1299cc pada tahun hadapan dan ia dikatakan lebih cekap bahan bakar berbanding enjin sedia ada.

Kami akan cuba merisik perkembangan seterusnya dalam masa terdekat, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply