ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakin terima sumbangan daripada Perodua

Berita Tempatan

Views

Semasa di Sandakan semalam, konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berkunjung ke Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakin dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM5,000. Selain itu mereka turut menyediakan makanan tengah hari untuk para penghuninya yang terdiri daripada 20 orang anak-anak yatim serta lima orang penjaga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada mereka.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah berlepas dari Kuching pada 16hb Mac lalu dan telah menjelajah melalui Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan.

Sepanjang perjalanan, peserta konvoi telah bertemu dengan masyarakat dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka. Mereka kini berada di Tawau, dan ia menandakan tamatnya perjalanan sejauh lebih 1,500 km itu.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply