ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua daftar tanda dagang nama Traz dan Nexis di MyIPO, adakah ia bakal nama SUV baharu?

Berita Tempatan

Views

Sahabat kami yang sememangnya pakar dalam pencarian tanda dagang dan paten, Vanhoe Rage telah berjaya menemui dua nama baharu yang didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Dua nama baharu itu adalah Traz dan Nexis, yang telah didaftarkan sejak 29 April lalu oleh koresponden Eunice Chan Wei Lynn.

Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah kategori Barangan dan Perkhidmatan yang merangkumi kereta, automobil, kereta motor dan sebagainya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Adakah Perodua sudah mempersiapkan pilihan nama Traz dan Nexis untuk model baharu mereka?

Mengikut firasat penulis, nama-nama ini sebenarnya agak sesuai untuk model SUV baharu Perodua yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Menurut desas-desus sebelum ini, Perodua sedang mempersiapkan pesaing terkuat kepada Proton X50 yang berasaskan model Toyota dan langsung tiada kaitan dengan Daihatsu.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Besar kemungkinan model SUV kompak tersebut adalah (namakod) Toyota D22 dan Maruti YFG yang kini sedang rancak diuji di India.

Model yang dibangunkan dari pelantar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B) itu dikatakan mempunyai gaya reka bentuk ‘coupe‘.

Ejen perisik Mat Bond berkata, ia akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas, manakala trenkuasa hibrid turut ditawarkan untuk varian andalan. Kedua-dua trenkuasa ini digandingkan dengan transmisi D-CVT.

Setakat ini belum ada perkembangan terkini mengenai model tersebut dan kami akan berkongsi info dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply