ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saintis China guna anak khinzir hidup sebagai ‘boneka’ ujian kemalangan?

Berita Global

Views

Mungkin berita yang agak mengejutkan kerana selama ini ujian kemalangan hanya melibatkan boneka, namun lain ceritanya di China. Portal The Independent melaporkan, saintis di negara berkenaan telah dikecam kerana menggunakan anak khinzir hidup sebagai boneka ujian kemalangan, hingga mengakibatkan haiwan tersebut mati atau mengalami kecederaan yang teruk.

Tujuh ekor haiwan tersebut telah mati setelah diikat pada alat peluncur dan terus dihentam ke dinding pada kelajuan 30 batu sejam. Lapan ekor khinzir yang lain mengalami kecederaan termasuklah luka, patah tulang dan lebam pada organ dalaman. Para penyelidik yang memeriksa bangkai haiwan tersebut selepas itu mendapati, antara kecederaan organ dalaman yang paling banyak berlaku adalah pada paru-paru, diikuti oleh limpa dan hati.

Anak-anak khinzir itu telah dibiarkan kelaparan selama 24 jam dan tidak diberi minum selama enam jam sebelum ujian tersebut dilakukan. Menurut saintis tersebut, mereka menggunakan anak khinzir untuk membangunkan tali pinggang keledar untuk kanak-kanak kerana struktur anatominya sama dengan kanak-kanak yang berusia enam tahun, dan turut memberi petunjuk yang mereka mungkin mengadakan ujian yang sama lagi pada masa akan datang.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Namun pakar British yang mempertahankan penyelidikan haiwan mengatakan mereka tidak akan membenarkan eksperimen tersebut. Kata salah seorang ahli kumpulan penyelidik haiwan berpangkalan di UK, Chris Magee kepada The Independent, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana ujian sedemikian rupa berguna untuk negara lain kerana telalu banyak boneka ujian kemalangan telah wujud.

Kata Chris, beliau tidak faham mengapa mereka perlu berbuat demikian dan jika berlaku di negaranya, ia mungkin akan melalui kajian semula etika. Ujian tersebut telah dimasukkan ke dalam International Journal of Crashworthiness, yang melibatkan tiga modfikasi tali pinggang keledar yang berbeza, dua tali pinggang selari menghalang dada dan perut; satu tali pinggang pepenjuru dan tali pinggang keledar; dan tali pinggang keledar pepenjuru bersilang.

Menurut kumpulan hak asasi haiwan Peta, khinzir tersebut telah diberikan anestetik bagi mengurangkan “gemuruh dan tekanan”, serta dimasukkan elektrod ke dalam perut mereka. Laporan tersebut mengatakan, kecederaan yang lazim dialami oleh subjek ujian adalah lelasan, perut, luka, pendarahan dan patah tulang. Peta mengecam tindakan ini sebagai “tidak bertamadun” kerana membiarkan haiwan dalam keadaan “luka, lebam dan terkapar”.

Kata kumpulan berkenaan, pengeluar kereta pada masa kini menggunakan teknologi termaju seperti kajian manusia klinikal, pemodelan komputer termaju, pengimejan perubatan 3D dan boneka canggih untuk ujian kemalangan. Tambah mereka lagi, penyelidik lain juga telah menggunakan mayat manusia dan realiti maya (boneka ujian kemalangan digital) untuk tujuan yang sama. Dalam abad ke-21, setiap syarikat kereta di planet ini sepatutnya telah menggunakan kaedah ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Peta juga telah menghubungi pakar untuk menyuruh mereka menghentikan penggunakan haiwan hidup dalam ujian “zalim” sebegini. Ia seolah-olah tiada peraturan yang wujud di negara tersebut yang membenarkan “eksperimen mengerikan” itu berlaku. Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan khinzir – yang dikatakan lebih pintar daripada anjing – dan haiwan lain dalam ujian kemalangan sejak tahun 1990an.

Tujuh orang saintis dari Institut Perubatan Lalu Lintas di Universiti Perubatan Ketenteraan Ketiga itu yang dihubungi The Independent menegaskan, mereka telah mengikut garis panduan Amerika Syarikat dengan menggunakan haiwan makmal dan berkata kajian mereka telah diluluskan oleh jawatankuasa etika.

Mereka mengeluarkan laporan bedah siasat untuk mengenalpasti bagaimana khinzir tersebut telah cedera dan terbunuh. Laporan dari jurnal itu menyebut, keputusan ujian mungkin berguna untuk mengetahui tahap kecederaan thoracoabdominal kanak-kanak, sementara kajian lanjut mengenai kecederaan kanak-kanak perlu dilakukan pada masa akan datang,

Magee sekali lagi menambah, eksperimen seperti ini mungkin tidak akan lulus proses kajian semula etika di UK yang ketat dan mesti dipenuhi sebelum lesen diberikan. Tambahnya lagi, apabila khinzir digunakan dalam penyelidikan UK, tujuan utamanya adalah untuk mengkaji dan merawat penyakit haiwan, selain keadaan kardiovaskular manusia dan gangguan saraf.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply