ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC lancar Ford Everest generasi baharu – Tiga varian, harga dari RM263,888

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), hari ini memperkenalkan SUV tujuh-tempat duduk mewah, Everest generasi baharu.

Tiga pilihan varian ditawarkan, iaitu Sport (pacuan dua roda), Trend (pacuan empat roda) dan varian spesifikasi tertinggi, Titanium 4WD.

Harga atas jalan, tidak termasuk insurans dan untuk Semenanjung Malaysia sahaja adalah seperti berikut:

  • Everest Sport — dari RM263,888
  • Everest Trend — dari RM281,888
  • Everest Titanium — dari RM308,888

Pilihan warna terdiri daripada Absolute Black, Aluminium Metallic, Artic White, Equinox Bronze, Lightning Blue, Meteor Grey dan Sedona Orange.

Pengarah Urusan, Pengedaran Pasaran Ford Asia Pasifik, DJ Simpson berkata, pihaknya percaya Everest generasi terbaharu ini akan memperluaskan lagi kedudukannya dalam pasaran menerusi teras utamanya iaitu ruang dalaman yang mewah dan selesa, barisan teknologi terkini dan piawaian keselamatan terbaik.

Jarak antara gandar Everest generasi baharu ini kini lebih panjang 50 mm, manakala jejak treknya juga bertambah sebanyak 50 mm. Ini memberikan kawalan atas jalan dan kendalian off-road yang lebih baik, serta memperbaiki sudut kelegaan hadapan dan belakang kenderaan.

Dari segi reka bentuk, sudut cermin dan tiang belakang telah ditingkatkan, selain saiz cermin belakang juga bertambahbagi membolehkan tempat duduk di barisan ketiga menerima lebih pencahayaan dari luar.

DNA rekaan global Ford terserlah pada bahagian DRL LED bentuk-C yang bersepadu dengan palang jeriji di hadapan. Tema yang sama diteruskan ke belakang dengan kehadiran lampu LED bersepadu yang melintang.

Varian Sport dan Trend dilengkapi dengan lampu LED, sementara Titanium menampilkan lampu utama LED Matrix terkini Ford dengan lampu tinggi anti-silau.

Lampu utama Matrix itu juga menawarkan kemampuan membelok dinamik dan statik serta pencahayaan yang bergantung kepada kelajuan, yang boleh juga melaraskan capahan pancaran cahayanya mengikut kelajuan kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Lampu kabus LED di depan dan belakang serta lampu brek LED adalah standard untuk semua varian. Rel para bumbung yang baharu pula direka untuk berfungsi memberikan sokongan yang pelbagai dan berguna untuk mengangkut basikal, kanu, pod kargo atau khemah bumbung.

Varian Sport dan Titanium dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20-inci, sementara Trend menggunakan saiz 18-inci. Everest generasi baharu ini mempunyai kemampuan meredah air sedalam 800 mm dengan jarak lega tanah 200 mm.

Everest Titanium turut dilengkapi ciri pintu ruang kargo bebas tangan da turut menampilkan bumbung panoramik panel berkembar. Rekaan kabin model ini diinspirasikan daripada rumah moden dengan penggunaan bahan yang mewah serta kemasan premium dengan lampu suasana.

Panel instrumennya lebih lebar dan terdapat 10 ruang untuk meletak cawan secara keseluruhan, termasuk di konsol tengah, perehat lengan serta di pinggir papan pemuka. Varian Titanium dilengkapi ciri kerusi dengan lipatan kuasa elektrik, manakala barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata.

Everest generasi baharu juga menampilkan ciri brek parkir elektronik (dengan e-Shifter untuk Titanium), tiga soket 12V, kerusi balutan kulit hitam premium kini dengan larasan lapan arah untuk pemandu dan penumpang depan serta kemasan dalaman ebony.

Sebagai tambahan, Titanium mempunyai outlet kuasa 230V AC yang boleh menyalurkan 400W (naik daripada 150W). Selain itu, ruang kabinnya turut dilengkapi skrin sentuh menegak 12-inci (10.1-inci bagi Trend dan Sport) dengan sistem infohibur Ford SYNC® 4A bersama sambungan nirwayar bagi Apple CarPlay™ dan Android Auto™ serta lapan pembesar suara.

Varian Titanium juga dilengkapi dengan kamera 360-darjah dengan paparan terbahagi sementara Trend dan Sport dilengkapi dengan kamera undur sebagai tambahan kepada penderian depan dan belakang.

Semua varian Everest generasi baharu didatangkan dengan panel instrumen digital 12-inci yang menggantikan kluster analog tradisional, empat slot pengecas USB (satu di cermin utama) dan pengecas nirwayar Qi secara standard.

Dari segi enjin, varian Trend dan Titanium dikuasakan oleh enjin 2.0L Bi-Turbo yang menjana sebanyak 210 PS pada 3,500 rpm dan daya kilas maksima 500 Nm pada 1,750-2,000 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik SelectShift 10-kelajuan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem 4×4 elektronik separuh masa shift-on-the-fly (ESOF) dengan e-Locking Rear Differential dan enam pilihan mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sands.

Sementara itu, varian Sport pula menggunakan enjin 2.0L Single Turbo yang menjana kuasa sebanyak 170 PS pada 3,500 rpm dan tork maksimum 405 Nm pada 1,750-2,000 rpm. Enjin ini disambungkan kepada transmisi automatik enam-kelajuan dan turut menawarkan empat pilihan mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.

Ciri keselamatan aktif untuk semua varian Everest ini termasuklah cagak Isofix, ABS, EBD, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, bantuan brek kecemasan (EBA), kawalan menuruni bukit, bantuan mula mendaki, penghindar kenderaan daripada terbalik dan kawalan beban adaptif.

Bagi ciri bantuan pemandu pula, Everest generasi baharu Sport dan Trend dilengkapi dengan lampu isyarat berhenti kecemasan, bantuan membelok, kawalan jelajah, penderia parkir depan dan belakang serta kamera undur.

Everest Titanium pula menerima tambahan ciri lain seperti sistem maklumat titik buta (BLIS), amaran dan bantuan penukaran lorong (LDW), bantuan suluhan lampu tinggi dan sistem pemantau tekanan tayar.

Antara teknologi baharu dan yang dipertingkatkan termasuklah:

  • Kawalan jelajah adaptif dengan ciri Stop/Go dan ciri ke tengah lorong yang boleh mengesan tanda lorong.
  • Bantuan Parkir Aktif 2.0
  • Bantuan kawalan stereng
  • Bantuan brek undur
  • Amaran lintasan trafik di belakang
  • Brek kecemasan kendiri dengan pengesan pejalan kaki, amaran perlanggaran hadapan, sokongan brek dinamik dan bantuan pra-perlanggaran.

Everest generasi terbaharu didatang dengan jaminan pengeluar selama tiga-tahun, atau hingga 100,000 km, yang mana terdahulu. Selain itu, lanjutan jaminan selama dua-tahun atau 60,000 km, yang mana terdahulu, turut ditawarkan.

SDAC turut memperkenalkan program Ford Everest Milestone yang boleh didapati menerusi laman web e-dagang SDAC-Ford dan pelanggan Everest boleh memilih daripada beberapa penerokaan “Milestone”. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Ford Inner Circle, khusus untuk pelanggan di Malaysia.

Pelanggan Everest baharu akan dimasukkan secara automatik ke dalam program ini dan bakal menerima ganjaran serta manfaat eksklusif, termasuk suai kenal mendalam dan sesi latihan untuk membantu mereka menguasai Everest generasi baharu ini sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply