ARKIB

KATEGORI

Tular

Warga emas maut, motosikal meletup dirempuh ambulans

Tular

Views

Seorang lelaki berusia 60 tahun maut selepas ambulans yang dipandu laju melanggar lampu merah lalu merempuh motosikal ditungganginya sehingga meletup di Mahasarakham, timur laut Thailand.

Menurut portal TheThaiger.com, ambulans dari Hospital Yang Talad merempuh motosikal itu di Persimpangan Chiang Yuen di wilayah Mahasarakham kelmarin kira-kira jam 6 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kamera pemuka (dashcam) dari kenderaan di belakang motosikal itu telah merakam mangsa yang berusia 60 tahun, Boonyong Guykhuntod bergerak ke hadapan sambil menoleh sebentar ke kanan sebelum dirempuh ambulans hingga berlaku letupan.

Lelaki tersebut cedera parah akibat terbakar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital. Pegawai dari Balai Polis Chiang Yuen melaporkan, ambulans itu sedang memindahkan seorang pesakit dari Hospital Yang Talad ke hospital lain di wilayah Khon Kaen.

Terdapat tiga individu berada dalam ambulans berkenaan, termasuk pemandu berusia 44 tahun, Prawit dan dua penumpang, termasuk seorang pesakit. Kesemua penumpang dalam ambulans tersebut selamat.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pesakit itu kemudiannya dihantar ke Hospital Yang Talad dengan kenderaan pasukan penyelamat yang lain. Polis melaporkan penunggang motosikal itu baru sahaja membeli satu gelen petrol di stesen minyak berhampiran yang menjadi punca letupan.

Pendakwaan terhadap pemandu ambulans masih belum dikeluarkan. Di bawah Seksyen 291 Undang-undang Jenayah, pemandu boleh didakwa kerana cuai dan perbuatan yang menyebabkan kematian orang lain.

Pemandu itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga 20,000 baht (RM2,440). Pegawai penyiasat memberitahu yang dia akan menyoal siasat pemandu ambulans untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ชมรมนักขับรถฉุกเฉิน ประเทศไทย

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply