ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sediakan bas balik mengundi termasuk dalam kesalahan pilihan raya – SPRM

Berita Tempatan

Views

Penyediaan perkhidmatan bas buat pengundi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) merupakan salah satu kesalahan berikutan ia bakal mempengaruhi keputusan mereka yang mengundi.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berharap rakyat lebih peka serta berhati-hati dengan isu rasuah yang boleh terjadi dalam apa cara sekalipun.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon” .

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Tamu Kito di Facebook NEGERIfm Official hari ini. Azam berharap rakyat bakal memilih pemimpin yang layak serta berintegriti selain PRN nanti dapat berjalan dengan lancar.

Perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Jelasnya, ia melarang kita (calon bertanding) menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian.

Tambahnya, mengundi adalah hak serta tanggungjawab rakyat dan sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa. “Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi.

Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply