ARKIB

KATEGORI

Tular

Selamba dia jer, ‘Mat Saleh’ ini dikecam sebab berhentikan Nissan Navara tengah jalan semata-mata nak rakam gambar lori berhias

Tular

Views
@zico.shock วันๆพันกว่าเรื่อง เอาที่เจ้าสบายใจ #เด็กอีสานทีม ♬ เสียงต้นฉบับ – zico

Seorang pelancong asing di Thailand dikecam kerana memberhentikan dan keluar dari kenderaan pikap jenis Nissan Navara yang dipandunya sebelum berdiri di tengah jalan raya semata-mata mahu merakam gambar lori 10 roda yang dihias, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pemandu lori berkenaan kemudian merakam video memaparkan gelagat warga asing itu sebelum memuat naiknya di akaun TikTok, zico.shock Jumaat lalu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Rakaman tersebut menunjukkan pelancong asing berkenaan langsung tidak mengendahkan persekitaran jalan raya itu di Sakhon Nakhon, wilayah Isaan.

Dalam rakaman video itu, warga asing berkenaan meletakkan kenderaan pikap berwarna jingga di hadapan lori tersebut dan cuba merakamkan gambarnya menggunakan telefon bimbit.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Namun, dia tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah menyebabkan lalu lintas terhenti kerana mengambil masa yang lama untuk mengendalikan telefon bimbitnya.

Video yang mendapat tontonan lebih 6.3 juta itu menjadi tular TikTok Thailand dengan mendapat lebih 382,200 tanda suka dan lebih 4,102 komen. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply