ARKIB

KATEGORI

Buletin

Melawan trend, antara kunci di sebalik kejayaan Chery Group

Berita Global

Views

Chery telah mencapai prestasi yang semakin meningkat di samping pelbagai cabaran pada 2022. Syarikat itu juga berjaya melawan trend dan mencipta sejarahnya yang tersendiri dari segi jualan serta eksport.

Menurut data Persatuan Pengeluar Kenderaan China, di antara 10 perusahaan teratas dari segi jualan kenderaan pada 2022, Chery Group menduduki tempat kedua dengan kadar perkembangan 28.2 peratus, jauh mengatasi kadar perkembangan purata industri 2.1 peratus.

Pada 2022, Chery mengeksport 452,000 unit kenderaan daripada 3.111 juta kenderaan China yang dieksport secara keseluruhan, ataupun satu bagi setiap tujuh unit. Ini menjadikannya sebagai syarikat pengeksport kenderaan penumpang Nombor 1 di China selama 20 tahun berturut-turut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

September 2022 menyaksikan Chery telah melancarkan strategi teknologi canggih 2025 dengan memperkenalkan ‘Technology Chery‘ yang memecahkan tanggapan tradisional dunia luar.

Ia bukan sahaja merangkumi pelbagai bidang seperti teknologi teras tradisional dan teknologi CASE (Connected, Autonomous, Sharing dan Electric), malah meliputi pelbagai dimensi seperti sistem asas, teknologi canggih, platform perkongsian, ekonomi digital, rantaian nilai dan ekosistem.

Antara manifestasi ‘Technology Chery’ adalah siri Q-POWER, kabin pintar Lion dan seni bina elektronik dan elektrik EEA 4.0. Pada 2022, Chery Group mengeksport lebih 450,000 kenderaan, iaitu 68 peratus lebih daripada tahun sebelumnya.

Secara purata, sebuah kenderaan buatan Chery dihantar kepada pelanggan di luar China setiap 70 saat. Dalam proses menuju ke peringkat global, Chery telah berpegang kepada dua prinsip. Yang pertama, berkongsi hasil kerjasama dengan negara dan rakan kongsi global, serta menjadi rakan kongsi yang diterima baik.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Yang kedua, berintegrasi ke dalam rantaian industri automotif global secara mendalam, menggalakkan lokalisasi, menjadi warga korporat serta jenama tempatan, dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Chery telah pun mengeksport lebih 2.4 juta kenderaan secara terkumpul, mewakili 20 peratus daripada jumlah eksport kenderaan China dalam tempoh yang sama.

Syarikat itujuga telah mengembangkan bakatnya, memperkenalkan pakar global terkemuka dalam pelbagai bidang seperti reka bentuk, cip, perisian, sistem operasi dan kabin pintar, serta menubuhkan pasukan ketua saintis. Ia kini mempunyai lebih 10,000 jurutera dan saintis.

Tahun 2023 akan menyaksikan Chery Group berusaha untuk mencapai lonjakan yang lebih tinggi dalam jualan, penguasaan pasaran serta aspek lain, dengan kadar perkembangan yang jauh mengatasi purata industri, ke arah menjadi perusahaan bertaraf dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply