ARKIB

KATEGORI

Tular

Sempat pakai 6 jam jer, pemilik baharu Nissan GT-R pasrah kereta terlibat kemalangan

Tular

Views

Tular satu hantaran yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook, bernama Zaid Musa sejak siang tadi berkaitan dengan kemalangan sebuah Nissan GT-R.

Menurutnya, Nissan GT-R yang baharu sahaja dijual dengan harga kira-kira RM650,000 itu ‘hanya sempat dipakai oleh pemilik baharunya selama 6 jam sahaja‘.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, kemalangan berlaku di sekitar kawasan Paloh Hinai semasa pemilik baharunya dalam perjalanan pulang ke Johor. Ketika kejadian, keadaan jalan lagak licin disebabkan hujan dan keadaan jalan yang gelap pada waktu malam.

Walaubagaimanapun, pemilik dan juga isterinya terselamat tanpa apa sebarang kemalangan jiwa. Zaid berkata, pemilik “Gojira” itu merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan ‘Muiz Hot Chicken‘.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa dukacita akibat kemalangan tersebut dan mendoakan pemilik dipermudahkan segala urusan.

Ada warganet yang berkata, pemilik masih lagi mampu tersenyum meskipun ditimpa musibah. Ini mungkin tanda kesyukuran dan reda, kerana ‘nyawa lebih penting’ dan harta boleh dicari ganti.

Ada juga yang menasihati agar memandu berhati-hati dan menurunkan kelajuan ketika hujan. Setakat artikel ini disiarkan, hantaran tersebut telah mendapat lebih 205 komen dan 494 perkongsian di laman Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zaid Musa

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply