ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek tunggang lawan arus akibatkan kematian penunggang Ducati mengaku OKU mental

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori yang didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin, atas kesalahan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati bulan lalu, mengaku orang kurang upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Ketika prosiding di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad, 42, telah menerima surat rujukan daripada doktor semasa ditahan di sebuah hospital di Kajang, malah mendapat ubat untuk rawatan psikiatri.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Peguam itu berkata, tertuduh juga merupakan seorang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebelum ini, dia kehilangan pekerjaan sebagai pengemudi kereta api kemudian mencari rezeki dengan memandu lori.

Tekanan perasaannya semakin meruncing selepas terlibat dalam kemalangan, sedangkan dia perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 17, 12 dan lapan tahun.

Semasa kejadian Izleen berkata, anak guamnya tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya perlanggaran.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah membenarkan Mudzyadaha menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tidak membantah perkara tersebut.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Amalina mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Pada pagi Isnin, Mudzyadaha mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Kesalahan didakwa dilakukan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply