ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel dan Siti Khadijah sumbang telekung bernilai RM100,000 menerusi inisiatif ‘Setulus Kasih’

Berita Tempatan

Views

Setel dan Siti Khadijah menerusi inisiatif ‘Setulus Kasih‘ bersama Setel Express sebagai rakan logistik telah menyumbang sejumlah telekung bernilai RM100,000 kepada 98 buah rumah anak yatim dan kebajikan buat golongan wanita, ibu tunggal serta kanak-kanak yang memerlukan.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express Faizal Sulaiman berkata, pihaknya berbesar hati atas sambutan baik yang diterima bagi inisiatif Setulus Kasih dan turut bersyukur kerana dapat mengambil bahagian dalam usaha sama antara Setel dan Siti Khadijah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah Mohammad Munzir Aminuddin pula berkata, kolaborasi yang dijalin dengan Setel dan Setel Express, telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi keihsanan kepada golongan yang memerlukan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Empat buah rumah dan organisasi kebajikan utama yang dipilih sebagai benefisiari inisiatif Setulus Kasih ialah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Hijrah, Kompleks Darul Kifayah, serta Yayasan Kebajikan Muslim (juga dikenali sebagai MyFundAction) yang menguruskan 95 buah rumah kebajikan di bawah organisasinya.

Majlis penyerahan sumbangan kepada MyFundAction pada tarikh 9 Jun telah dihadiri oleh Faizal Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express; Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah; di samping Suraiya Jabarudin, Pegawai Perhubungan Awam (Korporat), dan Zulkifli Baharuddin, Pegawai Perhubungan Awam (Media) yang mewakili MyFundAction.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply