ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger generasi baharu bakal dilancarkan pada 22 Julai, pendaftaran minat kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal melancarkan Ranger generasi terbaharu ke pasarkan tempatan hujung bulan nanti.

Model ini bakal tampil dengan reka bentuk serba baharu secara menyeluruh dan merupakan Ranger yang paling pintar, penuh kepelbagaian dan paling berkemampuan setakat ini.

Ruang dalamannya juga cukup nyaman, selain ciri keselamatan dan teknologi maju serta keselesaan premium. Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, Ranger generasi baharu ini sesungguhnya merupakan kenderaan yang diperlukan pelanggan untuk menjalani “Kehidupan Ranger”.

SDAC pada ketika ini sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baharu di lima kawasan di seluruh negara, iaitu tengah, utara, selatan serta Sabah dan Sarawak lebih awal daripada tarikh ia mula dijual di pasaran tempatan.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Jerayawara tersebut bakal diadakan pada setiap lima hujung minggu, bermula dengan acara pengenalan utama, yang pada 22 Julai 2022.

Mereka yang ingin menjadi antara yang terawal mendekati model Ranger generasi baharu ini perlu mendaftar untuk jelajah berkenaan.

Hadirin akan diberikan taklimat terperinci dan boleh mendekati model terbabit serta boleh berbual dengan perunding jualan dan membuat tempahan sekali gus.

Peminat Ranger boleh mendaftar di laman “Keep Me Informed” di sini untuk mendapat jemputan eksklusif jelajah pengenalan ini dan mengetahui bila ia akan singgah di bandar berdekatan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selain itu, Ford Ranger Getaways merupakan platform kembara dan percutian komuniti yang membawakan pengalaman unik Kehidapan Ranger melalui siri kembara khas tempatan.

Ia adalah tempat di mana kalangan individu yang berkongsi minat dan minda yang sama mendirikan “Lingkungan Ford” dan berkumpul serta membina persahabatan, dalam masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger mereka tanpa mengira varian.

Pelanggan boleh memilih cabaran atau percutian yang diinginkan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had kenderaan mereka, menjadi juruterbang untuk sehari, menikmati hari dengan alam semulajadi, atau sekadar bersantai bersama keluarga.

Untuk mengetahui lanjut tentang aktiviti menyeronokkan lain dan menempah Ford Ranger Getaways, layari pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply