ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel kini di seluruh negara

Berita Tempatan

Views

Pelanggan Petronas di seluruh negara bakal menikmati pengalaman aplikasi pembayaran nirtunai, Setel yang membolehkan mereka membeli bahan bakar terus dari peranti mudah alih. Diperkenalkan sejak Julai 2018, Setel telah dibangunkan untuk memudahkan pelanggan untuk mengisi bahan bakar dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar.

Aplikasi ini boleh digunakan di lebih daripada 700 stesen Petronas di seluruh Malaysia dan ia akan bertambah dalam beberapa minggu akan datang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin, setakat Januari 2020, Setel telah merekodkan lebih 3 juta transaksi dan menerima maklum balas positif dari pelanggan di Lembah Klang sejak ia mula diperkenalkan.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Tambah beliau, pihaknya kini bersedia untuk menawarkan Setel di seluruh negara dan bakal memperkenalkan beberapa lagi ciri baharu yang menarik pada bulan-bulan akan datang. Setel menggabungkan pembayaran bahan bakar, kesetiaan, runcit dan pengalaman e-dagang dalam satu platform.

Setel baru-baru ini memperkenalkan penebusan bahan bakar dengan mata ganjaran Mesra secara terus dari aplikasi mudah alih. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Azrul Osman Rani berkata, di Petronas mereka berusaha untuk menjadi lebih tangkas dan inovatif dalam memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Tambahnya, ciri-ciri semasa Setel hanyalah permulaan dan mereka bakal memberikan penyelesaian dan perkongsian yang tepat untuk memperkayakan perjalanan pelanggan melangkaui pengisian minyak. Sempena Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), pengguna Setel boleh mengundi lagu dan artis kegemaran mereka secara terus menerusi aplikasi tersebut.

100 pengundi bertuah bakal memenangi baucar bahan bakar bernilai RM1,000 setiap satu. Aplikasi Setel kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Store dan Google Play Store. Maklumat lanjutmengenai Setel, sila layari www.setel.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS Brands

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply