ARKIB

KATEGORI

Buletin

Thaipusam – Beberapa jalan sekitar ibu negara ditutup secara berperingkat

Berita Tempatan

Views

Sempena sambutan Thaipusam, beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat selama lima hari bermula hari ini. Menurut Bernama, perarakan pedati perak membawa arca Dewa Murugan dijangka bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee di Kuala Lumpur pada 10 malam ini dan ia dijangka tiba di Batu Caves pada hari Jumaat jam 3 petang .

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata susulan itu, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan perarakan dan akan dibuka semula selepas ianya selesai.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Jelas beliau, perarakan itu akan melalui Jalan Tun H.S. Lee; Jalan Sultan; Jalan Pudu; Jalan Tun Perak; Jalan Leboh Ampang; Jalan Ampang; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Dang Wangi; Jalan Raja Laut; Jalan Ipoh; Jalan Perhentian; Jalan Ipoh; Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Tambahnya, perarakan kembali pula bermula pada 4 petang Ahad dari Batu Caves dan dijangka tiba di kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee pada keesokan harinya pada jam 5 pagi.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Zulkefly berkata, laluan perarakan balik bermula di Kuil Sri Subramaniar Batu Caves; Jalan Ipoh Batu 5; Jalan Ipoh; Jalan Perhentian; Jalan Tun Razak; Jalan Ipoh; Jalan Raja Laut; Jalan Dang Wangi; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Ampang; Jalan Leboh Ampang; Jalan Tun Perak; Jalan Sultan; Jalan Hang Kasturi; Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman Tun H.S. Lee.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Thaipusam 2020 dan Selangorkini

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply