ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beradu kelajuan kereta – Suami usahawan kosmetik didenda RM500, lesen digantung enam bulan

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak anda mengenai video tular yang memaparkan dua buah kereta jenis Mercedes-Benz yang sedang beradu kelajuan dalam artikel terdahhulu? Astro Awani melaporkan, suami seorang pengasas produk kecantikan dan kosmetik antara dua orang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu pagi tadi kerana kesalahan tersebut bulan lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman gantung lesen memandu selama enam bulan serta denda RM500 atas kesalahan berkenaan kepada kedua-dua tertuduh selepas suami pengasas kosmetik itu, Arif Md Nor, 31, dan rakannya, Ahmad Sufian Abdullah, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama berada di atas jalan bagi tujuan menduga kelajuan kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna kuning bernombor pendaftaran AKU 7471 dan F2239. Menurut pertuduhan tersebut juga, perbuatan itu yang mana diambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis kenderaan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas adalah berbahaya kepada orang awam.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 2 pagi, 17 Januari lalu di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor berhampiran sebuah pusat servis kereta di Kubang Kerian. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Prosiding pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah manakala mereka diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan. Terdahulu, mereka memohon hukuman ringan dan insaf atas kesalahan itu, bagaimanapun Siti Aisyah memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada kedua-duanya.

Mereka kemudian menjelaskan denda dan dibebaskan. Astro Awani sebelum ini melaporkan polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 30an susulan kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian-Pasir Hor di sini. Video perlumbaan berkenaan tular di laman sosial dan menerima kecaman dari warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply