ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Fleet Solutions kini melangkaui kad bahan api, tawar penyelesaian mobiliti perniagaan serba lengkap

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia menerusi bahagian mobiliti perniagaannya, Shell Fleet Solutions, secara rasmi melancarkan Program Accelerate to Zero (A2Z) di Malaysia, semalam.

Sektor pengangkutan armada (fleet) Malaysia kini sedang berdepan dengan keadaan pasaran yang mencabar. Antaranya gangguan rantaian bekalan, kekurangan bilangan pemandu, tekanan untuk mengurangkan pelepasan karbon, usaha untuk mengoptimumkan penggunaan kenderaan dan kos yang meningkat.

Oleh yang demikan, Program A2Z oleh Shell direka untuk membantu pemilik armada pengangkutan mengoptimumkan operasi, mengembangkan perniagaan dan mencapai matlamat kemampanan mereka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pelancaran A2Z menyaksikan Shell Fleet Solutions beralih daripada menjadi pembekal kad bahan api tradisional kepada menjadi rakan pilihan untuk penyelesaian serba lengkap yang lebih mudah, pintar dan mampan yang terdiri daripada:

  • Shell Card
    Shell Card yang diperkemas menjadi kunci kepada semua penyelesaian dan membolehkan integrasi perbelanjaan mobiliti harian armada pengangkutan. Ini termasuklah perbelanjaan bahan api, telematiks, pelincir dan mengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh rangkaian Shell.
  • Shell Recharge
    Ekosistem mengecas EV Shell menyediakan armada pengangkutan korporat dengan pakej lengkap perkakasan, perkhidmatan perisian dan penyelesaian sokongan yang direka untuk memenuhi keperluan infrastruktur EV mereka yang khusus. Para pelanggan juga boleh menggunakan rangkaian titik mengecas Shell yang semakin berkembang.
  • Shell Telematics
    Penyelesaian ini menggabungkan data Shell Card yang bersepadu, penjejakan kenderaan secara ‘langsung’, pengawasan prestasi kenderaan dan banyak lagi bagi memberikan armada kenderaan korporat dengan data penting dan risikan perniagaan bagi membantu mereka mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

  • Pemampasan Karbon
    Walaupun langkah-langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan pelepasan adalah penting untuk digunapakai bagi mengurangkan pelepasan karbon secara jangka panjang dan sederhana, pengurusan pelepasan yang lebih sukar untuk dielakkan masih menjadi keperluan buat sementara waktu. Pelanggan kini boleh memilih untuk membuat pampasan pelepasan karbon daripada pembelian bahan api mereka melalui kredit karbon yang dijana oleh projek-projek Shell.

Menurut Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, penyelesaian bersepadu yang disediakan bertujuan untuk memudahkan dan memperkasakan pemilik armada kenderaan dalam membuat keputusan perniagaan yang lebih baik untuk kekal berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini.

Acara pelancaran turut menyaksikan sesi perbincangan mendalam untuk pelanggan dan rakan kongsi bertajuk “Navigating the Future of Fleet Mobility in Malaysia“.

Antara panel jemputan terdiri daripada Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Asia, Veethara Trakulboon, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo, Pengarah Program (PMO Kenderaan Elektrik) di Tenaga Nasional Berhad dan Presiden ZEVA (Zero Emission Vehicle Association) Wan Ahmad Zam Zam Abd Wahab dan Naib-Presiden, Kemampanan Kumpulan di AmBank, Datin Zameema Arif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply