ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik Honda HR-V ini hampa, kereta baru 3 hari pakai dah ‘keluarkan bunyi yang kuat’

Tular

Views

Lazimnya apabila kita baharu sahaja mendapat kereta baharu, sudah pastinya terbit perasaan gembira dan juga teruja kan?

Namun, ia berlaku sebaliknya kepada pemilik Honda HR-V bernama Ahmad Sani yang berkongsi kisah ‘duka’ setelah tiga hari menerima kereta baharu itu menerusi akaun Facebooknya.

Hantaran yang telah kongsikan di laman group HONDA HRV 3rd Gen 2022 Malaysia Community mula mendapat perhatian warganet.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, kereta baharu itu diterima pada 23 September di pusat jualan Honda dan pada 23 September, kereta itu terpaksa dihantar semula ke pusat servis.

Lebih menyedih, jarak perbatuan HR-V itu masih belum lagi mencecah angka 1,000 km yang pertama. Ujarnya, ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih kurang 20 meter kereta itu mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

Jelasnya bunyi tersebut seolah-olah seperti besi diketuk dengan tukul, namun panel meter masih normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simbol kerosakan. Rata-rata warganet yang lain bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Ahmad Sani.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ada yang berkata membeli kereta boleh dikategorikan nasib juga kerana dalam banyak-banyak unit yang dikeluarkan, pasti ada beberapa unit yang bermasalah.

Ada juga yang menasihatkannya agar bersabar kerana kereta keluaran jenama lain juga mempunyai masalahnya yang tersendiri hingga ada tersadai sehingga berbulan-bulan.

Setakat ini, masih belum ada maklumat terkini berhubung isu sebenar yang dialami oleh HR-V itu dan warganet yang lain masih menanti apa masalah sebenarnya sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Sani

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply