ARKIB

KATEGORI

Tular

Patutlah kereta ‘bau bangkai’, rupanya ada anak tikus

Tular

Views

Seorang lelaki berkongsi pengalaman ‘menggelikan’ adiknya yang menemui beberapa ekor anak tikus di dalam penapis pendingin hawa (air conditioner filter) kereta milik pelanggannya.

Aizat Fadzli menerusi ciapannya di Twitter berkata, kehadiran anak-anak tikus berkenaan hanya disedari apabila pelanggan di tempat adiknya bekerja itu mengadu keretanya berbau bangkai.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Adik aku cakap pelanggan nak tukar sport rim ni ‘complain‘ (merungut) kereta dia bau bangkai. Adik aku buka ‘aircond filter‘ dia, sekali jumpa ni,” ciapnya.

Aizat turut berkongsi beberapa keping gambar bersama ciapan tersebut, sekali gus mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Saya boleh ‘bau’ gambar ni sebab pernah kena, perit sangat bau dia. Berhari-hari tak jumpa punca, lagi buka pendingin hawa, lagi busuk!,” kongsi Zariqa Dang Suri.

“Baca komen baru tau apa, aku ingat jari manusia,” komen Ayu. “Aku ingat janin manusia rupanya bangkai tikus,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aizat Fadzli

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply