ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell FuelSave 95 baharu diperkenalkan, kini 15 kilometer lebih jauh untuk setiap tangki penuh!

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia semalam telah memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu, yang akan memberikan sehingga 15 kilometer (KM) lebih jauh untuk setiap tangki penuh.

Sejauh mana 15km tu? 15km merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama dan seumpama kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali atau seperti 35 kali ketinggian Menara KL.

Dengan lebih 45,000 stesen di seluruh dunia, dan dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari, Shell merupakan antara peruncit bahan api terbesar di dunia.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pelancaran Shell FuelSave 95 baharu ini menggambarkan komitmen mereka dalam inovasi dan pembangunan produk mobiliti yang lebih baik agar perjalanan kehidupan pelanggan lebih baik.

Menurut Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia, Seow Lee Ming, ‘Better By Far‘ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ merupakan komitmen mereka untuk tidak berhenti dan terus berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu.

Tambah beliau, pihaknya berharap Shell akan terus menjadi pilihan kegemaran pelanggan ketika di jalan raya, yang menggerakkan mereka ke mana-mana sahaja sama ada ke tempat kerja, pusat membeli-belah atau Cuti-cuti Malaysia bersama keluarga serta sahabat handai.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Hasil usaha penyelidikan dan pengujian selama lebih 5 tahun oleh 150 saintis bahan api telah membawa kepada pelancaran bahan api generasi baharu ini, yang ternyata lebih baik.

Dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan sehingga 15km lebih jauh dengan setiap tangki, pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih (teknologi sasaran deposit), perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin dan dicipta untuk teknologi baharu dan lama termasuk hibrid.

Semasa majlis pelancaran, Shell turut melancarkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023‘. ‘Shell FuelSave 95 Challenge’ merupakan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penjimatan bahan api yang terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu.

Pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Lebih menarik lagi, mulai 1 Mac sehingga 30 April, dengan kerjasama VISA dan BonusLink, 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi minyak percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply