ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia jalin kerjasama dengan Visa tingkatkan kemudahan pembayaran Shell Recharge di Pavilion

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia dan ParkEasy telah menjalinkan kerjasama dengan Visa untuk menyediakan terminal pembayaran kad tanpa sentuh di lokasi terpilih Shell Recharge di Lembah Klang.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang lebih mudah dan lancar, membolehkan pengguna membayar pengecasan kenderaan dengan kad kredit atau debit.

ParkEasy adalah penyedia penyelesaian parkir inovatif yang dimiliki sepenuhnya oleh Shell dan mengendalikan Shell Recharge di Malaysia.

Terminal kad kini tersedia di empat lokasi Shell Recharge, iaitu di Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Hotel Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, dan Pavilion Damansara Heights, untuk pengecasan Arus Ulang-Alik (AC) dan Arus Terus (DC).

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Untuk menggunakan terminal, pengguna EV boleh meletak kenderaan di tempat pengecasan yang dipilih, memilih nombor tempat di terminal, dan mengetik kad kredit atau debit mereka pada pembaca tanpa sentuh untuk membuat pembayaran.

Jumlah prapengesahan sebanyak RM150 akan dikenakan untuk setiap sesi pengecasan yang dibayar melalui terminal.

Bagi meraikan inisiatif ini, pelanggan yang membayar pengecasan EV di terminal Shell Recharge terpilih menerusi kad Visa mereka dari 15 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025 akan menerima pulangan tunai sebanyak 10 peratus, terhad kepada RM5 setiap sesi.

Selain itu, pengguna aplikasi ParkEasy juga akan menikmati rebat kredit sebanyak 10 peratus apabila mereka menambah minimum 50 kredit ke akaun ParkEasy mereka dengan kad Visa, terhad kepada 5 kredit bagi setiap rebat.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Menurut Pengurus Besar, Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, kerjasama Shell Malaysia dengan Visa menandakan langkah penting ke arah meningkatkan kemudahan pengecasan EV untuk para pelanggan.

Ketua Pengambilalih Global, Visa Asia Pasifik, Previn Pillay pula menambah, Visa komited untuk menyokong pertumbuhan pembayaran tanpa sentuh dan meneroka kegunaan baharu seperti pengecasan EV.

Melalui inisiatif ini, pemegang kad Visa kini boleh menantikan pengalaman pengecasan yang lebih mudah dan bermanfaat dengan Shell Recharge.

Program ini menggariskan komitmen Shell dan ParkEasy dalam meningkatkan kemudahan pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply