ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #3 catat kejayaan besar, rangkul pelbagai anugerah automotif berprestij

Berita Tempatan

Views

PRO-NET dengan bangganya mengumumkan kesemua varian smart #3 telah mencipta kejayaan besar dalam dunia automotif dengan memenangi pelbagai anugerah berprestij.

Dengan reka bentuk yang elegan, prestasi yang mengagumkan, dan teknologi inovatif, smart #3 telah berjaya memikat hati rakyat Malaysia.

Ia bukan sekadar sebuah kereta bahkan sebuah langkah yang berani menuju ke arah mobiliti elektrik, membuktikan bahawa memandu kenderaan elektrik boleh dijadikan pengalaman yang menyeronokkan dan memberi inspirasi.

Varian berprestasi tinggi smart #3 Brabus telah berjaya merangkul Anugerah Editor’s Choice 2024Best Electric Luxury Compact AWD Crossover/SUV” oleh Star Carsifu.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

smart #3 Premium pula telah menerima anugerah berprestij “Best Compact Premium EV” di Carlist.my & WapCar Car of the Year 2024 Awards.

Sementara itu, smart #3 Pro pula telah meraih gelaran berprestij “Car of the Year 2024, Crossover of the Year Below RM200k” oleh MARii.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, ia juga mencerminkan perjalanan smart #3 dan hubungannya yang kukuh dengan rakyat Malaysia.

Beliau juga amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan, serta pencapaian smart sebagai salah satu jenama EV premium terbaik di Malaysia.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

smart Malaysia mengumumkan kempen Tahun Baru Cina yang menawarkan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM31,000.

Pelanggan yang membeli smart #1 atau smart #3 sepanjang kempen ini akan menerima smartCharge percuma dengan pemasangan standard.

Selain itu, smartONGPao ditawarkan dengan 100,000 mata ganjaran bernilai RM1,000 dalam kredit pengecasan, bagi memastikan kemudahan pengecasan yang lancar sepanjang tahun untuk perjalanan EV anda.

Untuk menjadikan tawaran ini lebih menarik, smart Malaysia menawarkan penjimatan segera 10 peratus, termasuk CPP (Program Rakan Korporat). Tawaran eksklusif ini tersedia selagi stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply