ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shopee perkenal platform pembelian kereta dan motosikal secara atas talian – Shopee AutoMall

Berita Tempatan

Views

Shopee buat pertama kalinya memperkenalkan platform jualan pelbagai jenis kereta dan motosikal secara atas talian menerusi Shopee AutoMall. Pelbagai jenis kenderaan ditawarkan dari model hibrid ke kenderaan utiliti sukan hingga ke superbike dari pengeluar terkemuka seperti BMW, Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Toyota dan juga lebih dari 300 buah motosikal turut ditawarkan dari YesRide.

Pengguna kini boleh melayari, membandingkan, menempah dan membeli kenderaan baharu seperti Honda HR-V, Mazda CX5, BMW X5 dan Toyota Yaris menerusi Shopee AutoMall yang menawarkan tawaran dan promosi eksklusif Shopee. Ini termasuklah bayaran tempahan untuk kereta serendah RM1 dan kadar faedah rendah bermula dari 1.81 peratus setahun.

Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah ini:

  • Buat tempahan di Shopee dengan memilih kenderaan pilihan anda dan menambahnya ke troli anda.
  • Lengkapkan transaksi anda.
  • Klik pada ‘push notification’ dari Shopee.
  • Isi borang tempahan secara atas talian dan butiran temu janji.
  • Wakil pengedar akan menghubungi anda dalam masa tiga hari bekerja untuk mengesahkan temu janji.
  • Lengkapkan pembelian dan kertas kerja di pengedar.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Pengguna juga boleh membeli motosikal baharu dengan diskaun sehingga 29 peratus dari pelbagai jenama seperti  Honda, Benelli, Yamaha, Modenas, Kawasaki, Vespa dan banyak lagi.

Anda hanya perlu:

  • Pilih dan beli di Shopee.
  • Pilih pelan ansuran 0 peratus (pilihan).
  • Penjual akan menghubungi pembeli untuk pendaftaran JPJ dalam masa tiga hari bekerja.
  • Penjual menyerahkan motosikal kepada pembeli.

Sepanjang tempoh dua minggu pelancaran Shopee AutoMall, platform e-dagang ini mencatatkan perkembangan baik bagi tempahan kereta dan motosikal. Setakat ini, ia merekodkan hampir 100 tempahan, dengan kebanyakan dari pembeli Shopee telah menjadi pemilik kenderaan baharu termasuklah Honda CR-V.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Selain dari kereta, pelbagai jenis motosikal juga telah dibeli menerusi platform tersebut, dengan komen positif terutama sekali pada penghantaran yang pantas. Ia sekaligus membolehkan pemilikan kereta dan motosikal lebih mudah ditambah pula dengan bayaran tempahan dan kadar faedah yang rendah.

Kempen “Raya Dengan Shopee” kini telah bermula dengan pelbagai tawaran tambahan yang cukup hebat. Inilah masanya untuk menaik taraf, terutama sekali buat mereka yang sedang mencari kenderaan baharu untuk balik kampung pada Hari Raya nanti.

Beroperasi 24 jam sehari, tujuh (7) hari seminggu, Shopee AutoMall turut menawarkan pelbagai aksesori seperti topi keledar, bilah pengelap cermin (wiper) hingga ke barangan penjagaan kereta. Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/automall.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply