ARKIB

KATEGORI

Buletin

Semak rekod asal kereta ‘recond’ anda menerusi portal Scrut.my

Berita Tempatan

Views

Hari ini kebanyakan media automotif tempatan bercerita tentang laman Scrut.my. Apa dia Scrut.my ni? Scrut.my ini adalah sebuah portal yang boleh membantu anda menyemak rekod asal kereta ‘recond’ secara atas talian. Apa yang menarik ia dibangunkan oleh syarikat tempatan dan nama Scrut diambil dari perkataan Inggeris scrutinising yang bermaksud teliti atau terperinci.

Sejak modus operandi penipuan kereta ‘recond’ oleh kapitalis durjana mula dibongkar, mereka yang terlibat mula tidak senang duduk, bimbang sukar untuk mencari mangsa seterusnya. Dengan adanya Scrut.my, ia akan memudahkan anda untuk membeli Laporan Lelong (Auction Report) dengan hanya membayar 50 kredit (1 kredit bernilai RM1).

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Bagaimana cara untuk menyemak Laporan Lelong (Auction Report)? Ikuti langkah mudah ini:

1. Masukkan nombor casis yang tertera pada bingkai kereta atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).
2. Pilih laporan dengan imej/foto yang sepadan.
3. Buat pembayaran.
4. Dapatkan laporan dengan segera dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana untuk membeli kredit bagi membuat pembayaran?

Kredit boleh dibeli menerusi kad kredit atau menerusi perbankan secara atas talian (FPX) an ia boleh ditambah nilai. Lebih banyak anda menambah nilai, ianya akan menjadi lebih murah.

Apa yang terkandung di dalam Laporan Lelong (Auction Report) itu?

Di dalam laporan itu anda boleh menyemak latar belakang kereta ‘recond’ tersebut, antara maklumat yang boleh diperolehi adalah jumlah jarak perbatuan ketika ia dijual, gred kenderaan (dari A hingga E), spesifikasi dan keadaan sebenar kereta, termasuk rekod kemalangan (sekiranya ada). Kadang-kala anda juga boleh memperolehi gambar ketika lelongan dan harga jualannya di Jepun. Rekod lelongan pula tersedia dari tahun 2007 dan seterusnya.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Buat masa ini hanya rekod kereta ‘recond’ dari Jepun boleh disemak menerusi portal tersebut dan mereka bakal meluaskan lagi perkhidmatan mereka untuk kereta ‘recond’ dari UK pula pada masa akan datang. Anda juga boleh mendapatkan salinan Sijil Eksport dengan bayaran tambahan dan boleh terus menghubungi [email protected].

Jika anda tidak dapat mencari nombor casis kereta menerusi Scrut.my, besar kemungkinan kereta anda telah dijual melalui peniaga kereta dan tidak melalui lelongan. Dalam kes ini, pihak Scrut.my tidak dapat menyediakan sebarang sejarah lelongan. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta Scrut.my menyemak Sijil Eksport sekiranya ingin menyemak jarak perbatuan.

Tahniah kami ucapkan kepada Scrut.my walaupun kami mendapat tahu ada pihak yang cuba ‘mengugut’ mereka supaya menghentikan usaha murni ini. Takut pecah lubang la tu!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply