ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket guna aplikasi Telegram jual ‘kereta klon’

Berita Tempatan

Views

Sindiket penjualan kereta klon kini dikesan menggunakan kumpulan atau ‘group’ di aplikasi Telegram bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan, selain menjadi satu daripada teknik pemasaran baharu.

Menurut Harian Metro, berdasarkan pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, pelbagai kereta berjenama dari luar negara dijual pada harga bawah RM20,000, malah ada yang berharga RM5,000 turut dipromosi dalam kumpulan berkenaan dan media sosial lain.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang 2021 sebanyak 44 kenderaan disita pihaknya atas pelbagai kesalahan dan empat daripadanya adalah kenderaan klon.

Ujar beliau, kKenderaan klon adalah kenderaan tidak berdaftar yang menyerupai kenderaan lain yang sah daripada segi jenama, buatan, model dan nombor pendaftaran.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Jika dahulu sindiket melakukan aktiviti ini secara senyap, namun kini mereka lebih terbuka dengan mengiklankan kereta melalui media sosial dengan menggunakan nama kereta murah, malah permintaan juga amat membimbangkan.

Hanif Yusabra berkata, dengan teknik terbaru sindiket berkenaan, pihaknya khuatir orang ramai akan mudah terpengaruh dengan tawaran harga kereta mewah yang tidak masuk akal.

Tambahnya, kereta mewah dan berjenama yang diimport dari luar negara dijual pada harga kurang daripada RM20,000 malah ada boleh dibeli pada harga RM5,000 sahaja.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran berkenaan. Meskipun harganya murah, namun ia memberi risiko besar kepada pemiliknya jika berlaku kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Pemilik juga boleh disiasat atas empat kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memiliki kenderaan bermotor yang tidak berdaftar, mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaannya, mempamerkan cukai jalan bukan kepunyaannya dan tiada insurans.

Beliau berkata, terdapat juga pemilik kereta asal yang bersekongkol dengan sindiket kereta klon dengan membuat cukai jalan dan insurans baharu dengan alasan kereta dicuri atau hilang sebelum menggunakannya pada kenderaan klon.

Beliau berkata, dari 2016 hingga kini terdapat 64 daripada 271 kenderaan sita yang masih dalam simpanan JPJ Negeri Sembilan adalah kenderaan klon.

Pihaknya akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya pada 15 Februari depan.

Penjualan buku lelong dibuat pada 7 hingga 10 Februari depan di kaunter JPJ Cawangan Seremban, Kuala Pilah dan Jempol pada harga RM50.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply