Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi akaun Facebook rasminya hari ini mengeluarkan makluman mengenai had pelepasan baharu ke atas motosikal di Singapura yang akan berkuatkuasa mulai 6 April 2023.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Semua motosikal di Singapura (termasuk dari Malaysia) hendaklah mematuhi had pelepasan gas Karbon Monoksida (CO) dan Hidrokarbon (HC) sebagai tambahan kepada had pelepasan asap dan bunyi seperti berikut:
- Karbon Monoksida (CO) – 4.5 (Vol %)
- Hidrokarbon (HC) – 7,800 ppm (enjin dua lejang), 2,000 ppm (enjin empat lejang)
- Asap – Tiada asap atau wap yang dapat dilihat
- Bunyi bising – 99dBA
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Oleh yang demikian, ujian pelepasan akan dijalankan di pusat pemeriksaan kemasukan darat dan program penguatkuasaan oleh pihak Singapura.
Penunggang akan dikenakan denda serta-merta sekiranya gagal mematuhi arahan yang ditetapkan. Denda yang dikenakan adalah sama bagi kenderaan Singapura dan Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ministry of Transport Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI