ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Servis CARSOME dilancarkan, kini di dua lokasi Petaling Jaya dan Ampang

Berita Tempatan

Views

CARSOME secara rasminya hari ini memulakan operasi Pusat Servis CARSOME yang terletak Petaling Jaya dan Ampang. Kini, pemilik kereta boleh membuat janji temu untuk pemeriksaan kali pertama melalui laman sesawang CARSOME.

Pusat servis ini turut memberi perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang mencari kemudahan penyelenggaraan kereta dan yang mencari rakan penyelenggaraan kereta yang dipercayai selepas tamat tempoh jaminan utama kenderaan mereka.

Menurut data CARSOME, 80 peratus daripada kereta CARSOME telah melepasi tempoh jaminan sah lima tahun. Ini menyebabkan pemilik kereta perlu melakukan servis kereta mereka di bengkel luar, berbanding pusat servis yang bertauliah.

Pusat Servis CARSOME telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Chang Lih Kang di Petaling Jaya. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya YB Lee Chean Chung.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut YB Chang Lih Kang, beliau amat mengalu-alukan pelancaran Pusat Servis CARSOME sebagai penyelesaian yang memberikan kepercayaan, pilihan, ketelusan dan kemampuan kepada pengguna.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng pula berkata, Pusat Servis CARSOME menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai untuk penyelenggaraan kereta yang mudah dan tanpa kebimbangan.

Pihaknya juga menyediakan platform tempahan digital yang telus, disokong oleh piawaian dan pakar CARSOME sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk pemilik kereta.

Dari perspektif perniagaan, Pusat Servis CARSOME menandakan permulaan era yang menarik untuk menambah baik amalan sebelum ini dalam pasaran servis selepas jualan. Selain daripada memanfaatkan data dan teknologi untuk mendigitalkan perjalanan pelanggan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau turut berterima kasih atas sokongan pihak berkepentingan kerajaan, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang telah menyokong CARSOME sejak sekian lama melalui MAVCAP serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang telah membantu menerusi Geran Pecutan Digital Malaysia.

Di pusat servis ini, pemilik kereta boleh menikmati perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kereta dengan kualiti terjamin yang disediakan oleh mekanik bertauliah. Mereka juga akan menerima bil yang telus dan awal untuk servis yang diperlukan.

Setiap perkhidmatan penyelenggaraan kereta akan diberi 20 titik pemeriksaan percuma untuk mengenal pasti sebarang isu asas, sebelum disyorkan pakej penyelenggaraan terbaik yang disediakan oleh mekanik servis kereta yang berpengalaman.

Setelah diperiksa, Pusat Servis CARSOME menawarkan tiga pakej untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan perkhidmatan berkala, bersama-sama dengan pelbagai pilihan lain untuk memenuhi keperluan pengguna.

Untuk keadaan kereta yang lebih khusus, Pusat Servis CARSOME akan memberikan sebut harga yang sewajarnya. Maklumat lanjut, layari https://service-appointment.carsome.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply