ARKIB

KATEGORI

Buletin

Singapura terbuka cadangan baharu HSR dari Malaysia – Lee Hsien Loong

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara itu sebelum ini bersetuju menamatkan projek berkenaan.

Menurut Berita Harian, Hsien Loong berkata, Kementerian Pengangkutan dari kedua-dua negara akan membincangkan perkara itu dan Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia.

Kata Hsien Loong, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mencadangkan perbincangan mengenai HSR dihidupkan semula dan beliau menjawab Singapura dan Malaysia mencapai persetujuan sebelum ini untuk menamatkan projek HSR, dan ini diselesaikan secara baik.

Bagaimanapun, Singapura terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia mengenai projek HSR dan kementerian pengangkutan kedua-dua negara akan membincangkan perkara itu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tambah beliau, Singapura berharap menerima butiran lebih terperinci dari Malaysia agar pihaknya boleh mengkajinya dan menimbangkan sekali lagi perkara itu.

Hsien Loong berkata demikian pada sidang media bersama Ismail Sabri semalam yang juga disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi beliau.

Sidang media bersama itu diadakan bersempena dengan pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin jalan darat (VTL-Darat) di Singapura.

Pada 1 Januari lalu, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pada Mac tahun ini, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta (SG$1=RM3.09) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung untuk pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhannya.

Sementara itu mengenai projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru- Singapura, Hsien Loong berkata, pembinaan projek itu sedang berjalan dan kedua-dua negara berharap sistem itu dapat memulakan perkhidmatan penumpangnya menjelang akhir tahun 2026.

Laluan RTS itu adalah projek kereta api rentas sempadan sepanjang empat kilometer yang menghubungkan antara terminal stesen Woodlands North di Singapura dan terminal stesen Bukit Chagar di Johor Bahru, Malaysia. Ia akan menyokong kapasiti kemuncak 10,000 penumpang sejam di kedua-dua arah.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam satu sidang media di Singapura berkata, perbincangan mengenai cadangan baharu pelaksanaan semula projek HSR akan diadakan bersama dengan kedua-dua kementerian pengangkutan Malaysia dan Singapura dan ia akan dibawa ke kabinet.

Jelas beliau, perkara ini masih terlalu awa dan pihaknya akan melihat secara terperinci kerana perjanjian lama telah pun ditamatkan. Namun tambahnya, jika pihaknya mahukan kajian semula, ia memerlukan perjanjian baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ismail Sabri

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply