ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi terbang EHang 216 buat ujian penerbangan di Bali

Berita Global

Views

Teksi terbang dari jenis kenderaan udara autonomi model EHang 216 dengan kapasiti dua orang penumpang secara rasmi melakukan ujian penerbangan di Klunkung, Bali baru-baru ini.

Menurut Utusan Online, Presiden Prestige Image Motocars, Rudy Salim memaklumkan, teksi terbang itu diharap dapat menjadi pelopor kepada pelaksanaan bandar pintar digital di Bali.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, EHang 216 juga bakal menjadi medium penyelesaian pengangkutan, terutamanya di daerah terpencil. Teksi terbang ini juga mesra alam kerana penggunaannya tidak melepaskan gas karbon seperti kenderaan konvensional.

Tambahnya, EHang 216 berupaya menghantar penumpang ke destinasi yang ditujui dengan penggunaan internet dan dikendalikan jurukawal di darat.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Dengan sekali caj, bateri teksi terbang itu mampu terbang sejauh 30 kilometer. Teksi ‘masa depan’ itu juga mampu membawa bebanan seberat 220 kilogram dengan kelajuan 130 kilometer sejam.

EHang 216 kini masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk digunakan secara rasmi. Teksi terbang itu setakat ini sudah menjalani ujian penerbangan di lebih 40 bandar di lapan negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit oto.detik.com

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply