ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem ATC dalam keadaan baik, LRT dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat – Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Sistem isyarat dan komunikasi perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) kini berada dalam keadaan baik dan dijangka dapat beroperasi semula dalam tempoh terdekat.

Menurut Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi laman Facebooknya, berkata, pagi tadi beliau diberi taklimat mengenai pengujian sistem kawalan tren automatik (ATC) oleh pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) yang bermula pada jam 11 malam tadi sehingga jam 5 pagi tadi.

Katanya, pengujian itu turut dipantau oleh Bahagian Perancangan dan Penguatkuasaan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Matlamat utama pengujian ini adalah untuk memastikan kestabilan dan keselamatan sistem sebelum meneruskan pengoperasian penuh.

Pasukan ini telah menggerakkan 24 set tren di sepanjang laluan Putra Heights ke Gombak. Beliau berkata, hari ini pihak berkenaan akan menguji 38 set tren di sepanjang laluan dengan jarak lima minit antara setiap set tren.

“Saya boleh melaporkan bahawa sistem isyarat dan komunikasi dalam keadaan baik dan berkemungkinan besar kita dapat kembali kepada pengoperasian normal kesemua 38 sehingga 40 tren di sepanjang laluan Kelana Jaya tidak lama lagi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Saya akan terus memantau perkembangan ini termasuklah ketika saya berada di Ayer Hitam. Mudah-mudahan saya dapat membawa berita baik esok,” katanya.

Sejak Rabu lalu, sebahagian perkhidmatan sistem LRT laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari, membabitkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.

Pada Selasa, Rapid Rail memaklumkan, perkhidmatan laluan berkenaan mengalami gangguan dan terpaksa dihentikan, berpunca daripada sistem ATC, yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply