ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOP Aidilfitri sedang diperhalusi, belum diumumkan lagi – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Kerajaan menafikan dakwaan akan menguatkuasakan larangan rentas daerah bagi suatu tempoh sebelum dan selepas Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini. Berita Harian melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih belum diumumkan kepada orang ramai.

Katanya, SOP sambutan Aidilfitri itu sebaliknya sedang diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara. Beliau sendiri yang akan umumkan SOP berkenaan sambutan sewaktu Aidilfitri iaitu tentang takbir, solat (sunat) Aidilfitri, aktiviti berkunjung dan ziarah tanah perkuburan.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tambah beliau, rentas daerah tidak dibenarkan juga adalah tidak benar sama sekali. Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan menyifatkan kompaun bernilai RM50,000 dikenakan kepada peniaga burger yang tular di media sosial sebagai keterlaluan, selain menjelaskan perihal itu bukan di bawah bidang kuasanya.

Sebaliknya, beliau berkata, aktiviti kompaun adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala rayuan pula tertakluk kepada Kementerian Kesihatan (KKM), selain kes berkenaan kini dalam siasatan KKM.

Jelasnya, saman RM50,000 ini keterlaluan sebab sudah pun dibentangkan secara terperinci mengenai jenis kesalahan dan jumlah kompaun dikenakan. Menurut Ordinan Darurat kompaun RM50,000 adalah berkaitan syarikat.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Walaupun ia di luar bidang kuasanya, tetapi perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan hukumannya terlalu tinggi. Bagaimanapun, pesalah masih boleh merayu kompaun kepada KKM.

Mengenai kebenaran bekerja dari rumah (BDR), beliau berkata, ia akan dibincangkan bersama pihak berkaitan, khusus bagi membantu mengurangkan beban pasangan yang perlu bekerja tetapi anak mereka terpaksa berada di rumah ekoran arahan penutupan beberapa sekolah.

Beliau percaya kerajaan akan berbincang bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KKM, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan sektor swasta. Sebarang perubahan akan diumumkan kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply