ARKIB

KATEGORI

Buletin

Emira – Model berenjin pembakaran dalaman terakhir Lotus diperkenalkan 6 Julai ini

Berita Global

Views

Lotus mengesahkan nama kereta sport terbaharu mereka sebagai Emira sambil membocorkan sedikit beberapa maklumat serta foto acah model tersebut. Emira bakal membuat kemunculan sulungnya 6 Julai ini dan bakal menjadi model terakhir keluaran jenama ikonik British itu yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.

Model yang dikenali dengan nama Type 131 ini bakal mengisi lompong di antara model Elise yang semakin dimamah usia, serta Elise dan Exige, termasuklah hypercar elektrik Evora, sebelum syarikat tersebut beralih kepada pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tidak seperti yang dilaporkan sebelum ini, Emira tidak akan menggunakan penjana hibrid tetapi akan ditawarkan dengan pelbagai jenis enjin pembakaran dalaman. Ini termasuklah enjin turbocas 2.0-liter empat-silinder baharu yang digandingkan dengan transmisi dwi-klac automatik, selain enjin supercas 3.5-liter V6 Toyota yang masih mengekalkan transmisi manual sebagai tambahan kepada versi automatik.

Lotus buat masa ini masih lagi merahsiakan butiran teknikal, namun menurut Car & Driver, enjin 2.0-liter itu diperoleh dari rakan kongsi baharu, yang bukan Geely atau Volvo, yang mampu menjana lebih dari 300 kuasa kuda. Ini bermakna, enjin V6 yang lebih berkuasa akan menawarkan lebih banyak kuasa berbanding enjin semasa yang digunakan oleh Evora.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Jika diperhatikan pada imej acah, ‘sudah terang lagi bersuluh’, gaya reka bentuk Emira banyak dipengaruhi oleh Evija. Ia dibangunkan dari pelantar aluminium terikat Evora yang dirombak semula. Menurut Pengarah Urusan Lotus, Matt Windle, dengan rekaan yang diinspirasikan dari Evija, ia bakal menjadi kereta sport Lotus yang bakal menjadi ‘pengubah-permainan’.

Emira bakal diperkenalkan pada 6 Julai nanti dan akan membuat penampilan dinamik semasa Goodwood Festival of Speed pada 8 Julai. Dalam perkembangan berasingan, Lotus telah mendedahkan lebih maklumat mengenai strategi masa depannya yang bakal mengembangkan barisan kereta sport dan bagi merealisasikannya, mereka bakal menggunakan empat pelantar.

Emira berasaskan pelantar kereta sport, Evija dibina dari pelantar hypercar, seterusnya dikenali sebagai ‘Evolution‘ yang bakal menjadi asas kepada kenderaan gaya hidup termasuklah SUV dan yang terakhir, pelantar untuk kereta sport elektrik hasil usahasama antara Lotus dan Alpine yang dikenali sebagai ‘E-Sports’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply