ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPRM tahan tujuh suspek sindiket kurangkan duti kereta mewah

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah.

Sumber berkata, perbuatan penyelewengan itu menyebabkan negara mengalami ketirisan cukai kastam sebanyak RM33 juta.

Katanya, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an telah ditahan di pejabat  Kedah antara jam 5 petang hingga 10.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Suspek-suspek berkenaan yang merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta.

Mereka yang terlibat mengemukakan dokumen atau maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam, sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Nurshahida Abdul Rahim telah membenarkan kesemua suspek direman selama empat hari.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Penahanan bermula Jumaat sehingga 17 Julai, setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi semalam.

Ekoran penahanan itu, sumber memaklumkan, Bahagian Operasi Khas SPRM turut membuat serbuan di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak serta Sabah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply