Akaun Facebook rasmi BYD Cars Malaysia mula menyiarkan sejak beberapa hari lalu mula menyiarkan siri iklan acah sebuah model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Model tersebut merupakan model kedua BYD selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya, ATTO 3 ke pasaran Malaysia, Ogos tahun lalu.
Menerusi iklan acah yang terbaharu semalam, model yang akan dilancarkan pada 28 Julai 2023 itu nanti merupakan sebuah hatchback kompak, iaitu Dolphin.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Model Dolphin dan ATTO 3 berkongsi pelantar yang sama iaitu e-Platform 3.0, namun Dolphin mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding model SUV tersebut.
Dari segi dimensi, Dolphin berukuran 4,290 mm panjang, 1,770 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya 2,700 mm.
Reka bentuk luaran Dolphin mengadaptasikan konsep rekaan ”Estetika lautan’ dengan aliran bentuk luaran badan yang canggih, digabungkan dengan garisan lipatan tajam dan kontur yang mengalir.
Ruangan kabinnya pula, menampilkan gaya rekaan konsol yang futuristik dan moden, dengan paparan unit inforia jenis terapung, yang dihiasi dengan kemasan logam di sepanjang papan pemuka.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan spesifikasinya untuk untuk pasaran tempatan. Di negara jiran Thailand, ia ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu Standard Range dan Extended Range.
Varian Standard Range dilengkapi motor elektrik tunggal yang menjana 94 PS dan 180 Nm daya kilas. Ia dikuasakan sel bateri jenis Blade berkapasiti 44.9 kWj dengan jarak pemanduan sehingga 410 km, sekali cas penuh (kitaran NEDC).
Varian Extended Range juga dilengkapi motor elektrik tunggal, namun ia menjana output lebih tinggi, 204 PS dan 310 Nm daya kilas. Ia dikuasakan sel bateri 60.48 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 490 km, sekali cas penuh.
Kesemua varian menyokong pengecasan AC, 7 kW. Bagi pengecasan pantas DC pula, varian Standard Range boleh menampung sehingga 60 kW, manakala varian Extended Range adalah sehingga 80 kW.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI