ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Stress’ punca wanita buat aksi ‘pandu lalu’ dalam bangunan lapangan terbang

Berita Tempatan

Views

Jangan main-main dengan ‘stress‘ kerana mereka yang mengalami masalah ini boleh melakukan perkara di luar kawalan. Semalam tular foto yang menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil telah dipandu masuk ke dalam bangunan lapangan terbang.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, telah mengakibatkan situasi di dalam bangunan tersebut bertukar menjadi kelam-kabut. Dalam kejadian 5.30 petang, kakitangan LTSM dan orang awam panik apabila melihat seorang wanita dengan selamba memandu ke dalam kawasan bangunan tingkat satu yang juga balai ketibaan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Difahamkan, wanita berusia 55 tahun itu mengalami tekanan perasaan dan memandu sehingga masuk ke kawasan bangunan LTSM. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah, pihaknya menerima panggilan jam 5.36 petang sebelum empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Kata beliau, wanita itu yang juga anggota APM segera masuk ke dalam ambulans APM sebaik ternampak kenderaan jabatan. Tambah beliau, selepas hampir satu jam, dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply