ARKIB

KATEGORI

Info

Kembar Perodua Axia 2023 (D74A), Toyota Agya/Daihatsu Ayla bakal guna transmisi D-CVT

Info

Views

Daihatsu kini dikatakan sedang membangunkan sebuah model kereta bandar kompak secara usahasama dengan Toyota untuk pasaran negara membangun di bawah nama ‘Emerging-market Compact Car Company‘ (ECCC).

Menurut portal permotoran autofun.co.id, model dengan dimensi panjang 2.7 hingga 3.7 meter itu digembar-gemburkan sebagai calon pengganti kepada Daihatsu Ayla/Toyota Agya.

Pengarah Pemasaran PT Astra Daihatsu Motor (ADM) Sri Agung Handayani berkata, projek ini masih lagi berjalan. Namun, disebabkan oleh pandemik pada tahun 2020, projek ini ‘tergendala buat seketika’.

Meskipun enggan mengulas lebih lanjut mengenai model tersebut, pemerhati automotif di negara seberang menjangkakan yang ia adalah Toyota Agya dan Daihatsu Ayla generasi baharu.

Portal yang sama turut memaklumkan, Agya dan Ayla 2023 akan dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) 1.2 liter WA-VE yang menjana 88 PS dan 113 Nm daya kilas.

Sepertimana yang pernah kami jelaskan dalam artikel terdahulu, Perodua juga kini ‘sedang rancak’ membangunkan model Axia generasi baharu (namakod D74A).

Model hatchback yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu bakal dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) baharu berkapasiti 1.0 liter.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT. yang kini digunakan pada model Myvi facelift, Ativa dan Alza generasi baharu.

Menurut ejen perisik Mat Bond, ada ura-ura mengatakan Axia 2023 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dikatakan juga dimensi model ini adalah lebih besar berbanding model sebelumnya dan telah selesai menjalani ujian kemalangan di Jepun.

Axia 2023 (D74A) bakal menampilkan gaya reka bentuk serba baharu dengan DNA rekaan terkini Perodua. Secara keseluruhan reka bentuk Axia 2023 (D74A) tidak terlalu ekstrem dan lebih cenderung ke arah ‘rekaan selamat’ (safe design).

Ia bakal dilengkapi dengan lampu depan jenis LED dan rekaan lampu belakang jenis melintang. Rekaan kabinnya dikatakan ‘lebih menarik’ dengan penggunaan meter jenis digital sepenuhnya dan paparan unit infohibur ‘rekaan terapung’ bersaiz besar.

Namun, seperti biasa hanya ‘dua varian tertinggi sahaja’ akan dilengkapi dengan ciri tersebut. Mengikut perancangan, model ini dijangka memasuki fasa pengeluaran massa pada akhir tahun 2022 dan pelancarannya akan dibuat pada suku pertama (Q1) tahun 2023.

Ia mungkin ‘diperkenalkan lebih awal’ dari Daihatsu Ayla/Toyota Agya kerana kembarnya itu hanya akan mula memasuki fasa pengeluaran massa pada bulan Mac 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply