ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami isteri cedera motosikal yang ditunggangi langgar lubang jalan

Berita Tempatan

Views

Sepasang suami isteri nyaris maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar lubang jalan di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tras di Bentong, pagi semalam.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut K! ONLINE,  kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu menyebabkan penunggang mostosikal Shahrizal Suhaimi, 38, mengalami keretakan kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah, 34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Shahrizal berkata, semasa kejadian dia bersama isterinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang di Bentong ke sebuah kilang di Janda Baik.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia memang tidak nampak lubang berkenaan lalu melanggarnya sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan. Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana tidak dilanggar kenderaan lain, namun kakinya mengalami keretakan walaupun memakai kasut but keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply