ARKIB

KATEGORI

Tular

Suami meraung lihat isteri terperangkap dalam kereta sedang terbakar

Tular

Views

Seorang lelaki kelihatan meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor sebentar tadi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Walaupun cuba ditenangkan oleh pengguna jalan raya yang lain, namun lelaki tersebut tidak dapat menahan sebaknya kerana gagal menyelamatkan isterinya.

Tangisan pilu lelaki tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik di laman Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Ridzema Naj.

Menurut individu tersebut,kejadian itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar dan difahamkan lebuh raya ditutup sepenuhnya ketika ini oleh pihak berkuasa.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bersimpati dengan lelaki tersebut dan mereka mendoakan agar individu itu tabah serta kuat menghadapi dugaan itu.

“Tak sanggup dengar raungan suami mangsa..Allahuakhbar!!. Semoga tabah Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga, ” tulis Nur Faizah Izah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aishah Rosli. “Allahhuakbar sedihnya isteri dia dalam kereta, ” ujarnya sedih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply