ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suara Batman dan The Riddler jadi ‘jurupandu arah’ di Waze

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat peminat adiwira Batman! Waze dengan kerjasama Warner Bros. Consumer Products (WBCP) dan DC kini memperkenalkan suara watak Batman dan The Riddler sebagai ‘jurupandu arah’ di Waze. Mulai hari ini sehingga 31 Oktober 2020 anda boleh meilih sama ada suara adiwira Batman (Kevin Conroy) atau The Riddler (Wally Wingert) dalam tiga bahasa iaitu, Inggeris, Sepanyol dan Portugis.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Selain itu anda juga boleh menukar ikon kereta Waze menjadi Batmobile atau kereta lumba The Riddler untuk menjadi petunjuk arah dan memilih mood Batman atau The Riddler. Untuk melengkapkan lagi pengalaman ini, anda juga boleh mendengar senarai lagu Waze dan adiwira atau adimusuh DC di Spotify semasa memandu menerusi ciri Waze Audio Player.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Menurut naib presiden kanan, produk jenama global Warner Bros. Consumer Products, Robert Oberschelp, sempena meraikan Hari Batman pada tahun ini, peminat merasai keseronokan semasa memandu dan membawa imaginasi mereka ke tempat baharu. Bagi Ketua Program Jenama, Waze, Erin Bellsey, ia merupkan julung kalinya program Waze yang menampilkan dua watak ikonik dan pihaknya amat teruja untuk bekerjasama dengan WBCP, DC dan juga Spotify.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply