ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Raider R150 Fi bakal tiba, harga dari RM8,XXX.00!

Berita Tempatan

Views

Seperti yang dijangka, sekali lagi laman Facebook Suzuki Malaysia ‘mengusik jiwa’ warganet dengan menyiarkan iklan acah ketiga model ‘moped’ Suzuki Raider R150 Fi.

Bakal pesaing kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X ini, bakal dijual dalam julat tanda harga yang hampir sama, iaitu bermula dari RM8,XXX.00.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Bagi anda yang ternanti-nanti kehadiran Raider R150 Fi dan berminat dengannya, boleh lah mendaftarkan minat anda menerusi pautan ini.

Selain Raider R150 Fi, Suzuki dijangka melancarkan dua lagi model iaitu GSX-R 150 dan GSX-S 150 secara serentak dan dijangka pada minggu ini.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Dari segi reka bentuk, mengikut ‘siluet’ yang dipaparkan dalam grafik poster iklan acah terbaharu ini, Raider R150 Fi mempunyai persamaan reka bentuk dengan Suzuki Raider R150 di Vietnam dan Satria F150 di Indonesia.

Desas-desus mengatakan Raider R150 Fi akan turut mempunyai versi ‘Edisi Khas’. Model ini dikuasakan oleh enjin 147.3cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan 18.2 kuasa kuda pada 10,000rpm dan 13.8Nm daya kilas pada 8,500rpm.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suzuki Malaysia

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply