ARKIB

KATEGORI

Buletin

Allianz Motorcycle Plus kini meliputi pembonceng motosikal, tanpa kos tambahan

Berita Tempatan

Views

Allianz Motorcycle Plus kini telah ditambah baik dengan perlindungan yang dipertingkatkan untuk penunggang dan pembonceng motosikal 250cc dan ke bawah.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Pihak Ketiga) kini menawarkan perlindungan tambahan kepada penunggang motosikal dan pembonceng yang sah dengan RM10,000 untuk Kematian/Hilang Upaya Kekal setiap seorang dan Pendapatan Hospital sehingga RM6,000 setiap seorang (RM100 sehari, sehingga 60 hari) tanpa kos tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) Sean Wang berkata sebanyak 90 peratus motosikal di jalan raya Malaysia adalah motor kapcai atau model 250cc dan kebawah.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Jadi, pihaknya mahukan perlindungan tambahan disediakan untuk polisi komprehensif dan pihak ketiga tanpa kos tambahan.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) melindungi kerugian atau kerosakan kepada motosikal anda dari kemalangan, kebakaran, kecurian, kematian dan kecederaan anggota badan pihak ketiga termasuk kerosakan atau kerugian harta pihak ketiga.

Manakala polisi pihak ketiga melindungi kecederaan anggota badan dan kematian pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga.

Perlindungan komprehensif juga menampilkan perlindungan tambahan untuk semua Perlindungan Jumlah Yang Diinsuranskan Penuh Peril Khas (melindungi dari banjir, tanah runtuh, atau mana-mana bencana alam) dan bantuan pinggir jalan yang ditawarkan oleh Allianz Road Rangers (1800-22-5542), secara percuma.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Bantuan pinggir jalan termasuk bantuan trak tunda kecemasan (percuma sehingga 50km, pergi dan balik), penghantaran minyak, bateri serta perkhidmatan tayar pancit.

Allianz General juga telah mengumumkan pemenang hadiah utama untuk Kempen 111 Motosikalnya di Allianz Arena di Plaza Sentral hari ini, dengan penampilan khas oleh Fattah Amin.

Rohisham Husain telah membawa pulang sebuah motosikal Honda CBR250RR baharu yang bernilai RM25,999.

Selain itu, Allianz General juga telah menghadiahkan 110 buah Honda Wave Alpha sebagai hadiah bulanannya sepanjang tempoh kempen selama tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply