ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syok layan lumba haram – 12 individu dikompaun RM1,500

Berita Tempatan

Views

Keasyikan sekumpulan individu berkumpul untuk menyaksikan perlumbaan haram membawa padah apabila dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Harian Metro melaporkan, seramai 12 individu termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di Chukai pada pada 1.30 pagi semalam.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi dilakukan pihaknya susulan aduan mengenai aktiviti berhimpun di kawasan berkenaan untuk menyaksikan perlumbaan haram. Beliau berkata, pihaknya terlebih dahulu melakukan pemantauan sebelum mendapati banyak kereta berhenti di tepi jalan.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian, mereka yang berkumpul di luar kereta tidak mematuhi SOP ditetapkan apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka. Pihaknya menahan sembilan lelaki dan tiga wanita yang berada di lokasi kejadian manakala yang sedang berlumba berjaya melarikan diri.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Semua yang ditahan bersama lima kereta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lanjut. Hanyan berkata, semua mereka dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mematuhi SOP mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

Tambahnya lagi, lima kenderaan turut disita kerana pelbagai kesalahan modifikasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply