ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tabung gas oksigen punca Proton Wira dinaiki tiga beranak meletup

Berita Tempatan

Views

Letupan melibatkan sebuah kereta yang mencederakan tiga beranak di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di Alor Setar tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada tabung gas oksigen di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdapat dua tong gas di dalam kereta itu yang berisi gas untuk kegunaan bantuan pernafasan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tiga beranak itu pergi ke lokasi untuk mengisi dua tabung gas bagi kegunaan bantuan pernafasan. Selesai mengisi gas, kedua-dua tong gas dimasukkan ke dalam kereta untuk pulang ke kampung sebelah isteri di Kempas, Johor. Tiba-tiba tong gas itu meletup.

Ahmad Shukri berkata, berikutan kejadian itu, ketua keluarga tersebut bersama anak mengalami kecederaan serius pada badan, manakala mangsa wanita mengalami kecederaan ringan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tiga beranak masing-masing dikenali sebagai Tuah Omar, 54; Noor Azllina Abu Bakar, 34, dan Mohamad Firdaus, 5, melecur dalam kejadian tersebut.

Menurut pihak bomba, Tuah dianggarkan melecur 80 peratus manakala isterinya melecur 30 peratus, sementara Mohamad Firdaus pula dianggarkan melecur sehingga 95 peratus. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply