ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Trucks Malaysia sumbang 10 unit komputer riba untuk Rumah K.I.D.S

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini kakitangan UD Trucks Malaysia telah menceriakan warga Rumah K.I.D.S di USJ, Subang Jaya dengan menyumbang 10 unit komputer riba, permainan serta barangan makanan.

Menurut Pengarah Urusan UD Trucks untuk Hub Malaysia, Steve Hedouin, pihaknya amat gembira kerana dapat menyumbang komputer riba kepada kanak-kanak supaya menggalakkan mereka supaya menjadi celik ‘IT’ dan aspek pendidikan secara keseluruhannya.

Tambah beliau, sebagai sebuah syarikat trak, pihaknya juga memasukkan elemen keselamatan jalan raya ke dalam aktitiviti-aktiviti mereka menerusi tayangan video tentang asas-asas penting untuk melintas jalan dengan selamat dan tahu mengenai titik buta kenderaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ditubuhkan pada tahun 1991, Rumah K.I.D.S merupakan kediaman untuk anak-anak yatim yang didera dan diabai yang memerlukan penjagaan, bimbingan dan sokongan bagi mendapatkan kehidupan lebih baik pada masa depan.

Sejak 32 tahun lalu, Rumah K.I.D.S telah menjaga, memberi makan dan mendidik lebih 300 orang kanak-kanak berusia semuda setahun, hinggalah remaja dan belia.

Pengurus Kanan yang bertanggungjawab dari segi mendapatkan dana, kerjasama dan perhubungan awam, David Jansen Nathan berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada UD Trucks kerana sudi menyumbang komputer riba dan barangan keperluan lain.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak yang tinggal di Rumah K.I.D.S akan diperkenalkan dengan keluarga baharu di mana mereka akan membentuk ikatan persahabatan dengan abang, kakak dan adik-adik di dalam satu persekitaran yang sihat dan selamat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia juga mempunyai rutin belajar, membuat kerja rumah, bermain dan berehat yang sihat bagi membolehkan mereka berada dalam keadaan yang gembira serta selamat.

Beliau turut berkongsi rasa bangga mengenai seorang kanak-kanak, Manisha yang datang tinggal di Rumah K.I.D.S pada tahun 2006 ketika berusia empat tahun dan kini menjadi graduan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Manisha kini mahu meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Bagi membantunya, Rumah K.I.D.S baru-baru ini ada memulakan satu program mendapatkan dana pendidikan tinggi.

Syarikat dan individu yang ingin mendapatkan maklumat lanut, melawat dan meyumbang untuk membantu kanak-kanak di Rumah K.I.D.S, sila menghubungi David Jansen Nathan di talian 03-3385 1965.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply