ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak bayar hutang RM92,121 – MAM digantung FIM, betul ke?

Tular

Views

Satu hantaran di akaun Facebook bernama Arnaz M. Khairul mula tular sejak semalam dan jika perkara ini terbukti sahih, ia pastinya memberi satu tamparan hebat buat sukan permotoran negara. Menurut Arnaz, satu foto tangkap layar telah berlegar-legar di Whatsapp dan telah sampai ke telefonnya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Jika merujuk kepada foto tersebut, jelas menunjukkan bahawa Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) telah digantung oleh badan dunia sukan lumba motosikal, Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) pada 3 November 2022.

Ini berikutan kegagalan pihak MAM menjelaskan bayaran hutang sebanyak €19,478 (RM92,121). Tambah menarik, wakil Malaysia juga mempunyai tunggakan hutang yang paling banyak jika dibandingkan dengan negara lain.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

MAM tidak bersendirian dan bukan satu-satunya organisasi yang digantung oleh pihak FIM. Sebanyak lapan organisasi permotoran dari beberapa benua termasuk Afrika, Asia, Eropah dan juga Amerika Latin turut menerima nasib yang sama.

Adakah benar dakwaan tersebut? Buat masa ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak MAM. Kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Arnaz M. Khairul

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply