Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini menjelaskan isu tular foto tangkap layar dari Intranet FIM yang mengatakan pihaknya digantung oleh Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) bertarikh 4 November 2022.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ia berikutan kegagalan pihak MAM menjelaskan bayaran hutang sebanyak €19,478 (RM92,121). Menurut MAM, kedudukan mereka sebagai ahli gabungan FIM tidak pernah dibatalkan atau digantung, dan kekal sebagai badan induk sukan permotoran Malaysia.
Tambah kenyataan tersebut, isu tunggakan itu sebenarnya telah pun dibincangkan dan diselesaikan bersama pihak FIM pada 7 November 2022.
Merujuk kepada perbincangan di antara En. Damiano (Timbalan Ketua Eksekutif FIM), kesemua perihal pentadbiran serta hal yang berkaitan telah pun diselesaikan dan MAM kekal sebagai badan induk berintegriti yang diiktiraf FIM.
Kuasa mutlak MAM sebagai FMN seperti mengawal-selia perlumbaan beserta pegawai perlumbaan dan lain-lain adalah berjalan seperti biasa dan tidak terjejas sama sekali.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit MAM – Motorsports Association of Malaysia
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI