ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak dan sebulan selepas menang Lamborghini Huracan, ‘supercar’ pemuda ini terlibat kemalangan

Berita Global

Views

Seorang pemuda berusia 24 tahun yang memenangi ‘supercar Lamborghini berharga £160,000 (RM864,760) kurang sebulan lalu menerima nasib malang apabila kenderaannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya, lapor akhbar The Sun semalam.

Grant Burnett berkata, dia memenangi kereta Lamborghini Huracan yang boleh memecut sehingga lebih 323 kilometer sejam (km/j) dalam satu pertandingan cabutan bertuah secara dalam talian pada Disember tahun lalu.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial kemudian menyiarkan gambar kereta yang remuk itu, dengan keterangan: “Tiga minggu kemudian. ”

Satu imej dalam talian menunjukkan hud dan panel hadapan kereta tersebut hancur sepenuhnya dengan terdapat kesan calar besar di sebelah tayar belakang Lamborghini itu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Burnett menolak dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah berlumba dengan pemandu lain pada kelajuan lebih 241 km/j, sebaliknya mendakwa dia dilanggar dari belakang.

Dia menegaskan tidak bersalah dalam kejadian itu dan menulis: “Kereta itu akan remuk jika saya melanggar penghadang pada kelajuan itu.

Mereka semua cemburu kerana tidak seorang pun daripada mereka yang memiliki kereta tersebut.” – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply