ARKIB

KATEGORI

Buletin

GrabFood perkenal Saver Delivery, kos penghantaran terendah dengan pilihan restoran terbesar

Berita Tempatan

Views

GrabFood Malaysia memperkemaskan pilihan penghantaran mereka untuk menjadikannya lebih berpatutan dan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Ia termasuklah memperluaskan pilihan Saver Delivery ke bandar-bandar lain di seluruh negara bermula hari ini, bagi memberikan pilihan kos penghantaran yang lebih rendah.

Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan, berkata, Saver Delivery kini membolehkan mereka untuk menawarkan pilihan kos penghantaran terendah di seluruh negara.

Grab Malaysia berharap dengan penambahbaikan ini, mereka dapat memperluaskan lagi perkhidmatan ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Sejak mula diperkenalkan pada November 2022, Saver Delivery membolehkan pengguna menikmati kos penghantaran serendah RM1 dengan rangkaian restoran terluas di GrabFood, sebagai pertukaran dengan masa penghantaran yang lebih lama sedikit.

Ini dilakukan dengan pengumpulan pesanan untuk rakan-penghantar Grab yang dalam perjalanan ke arah yang sama. Oleh itu, hanya restoran yang tersedia akan mempunyai Saver Delivery bergantung pada beberapa faktor, seperti masa pesanan dibuat dan lokasi.

Rakan-penghantar juga akan diberi papasan yang sama seperti pilihan penghantaran yang lain. Pengembangan Saver Delivery juga menyaksikan pengenalan Direct Delivery yang telah dikemaskini.

Ia dapat mengurangkan lagi masa penghantaran bagi pengguna yang mahu mempercepatkan proses penerimaan pesanan mereka.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Menerusi pilihan baharu ini, ciri seperti keupayaan menjadualkan pesanan (scheduled order) dan pengambilan makanan sendiri (self pick up), memberikan pengguna pelbagai pilihan mudah untuk mendapatkan makanan mereka.

Dengan adanya kemudahan seperti ini, penghantaran makanan akan lebih mudah diakses oleh pengguna serta memenuhi pelbagai selera.

Pilihan penghantaran yang telah diperkemaskan juga dapat memberi manfaat kepada rakan kongsi penghantaran dan rakan-niaga supaya dapat merangsangkan lagi peluang mereka untuk menjana pendapatan tambahan.

Tambah Tan lagi, pihaknya komited untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan untuk memberikan penyelesaian kepada semua pengguna dalam ekosistem yang bergantung pada platform mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply