ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak dengar bukan alasan, ambulans buka lampu kecemasan

Tular

Views

Penularan video pemandu Perodua Kembara gagal memberi laluan kepada ambulans hingga menyebabkan kematian pesakit yang memerlukan rawatan di Hospital Sri Aman II, di Sri Aman, terus mengundang kemarahan warganet.

Pesakit berusia 41 tahun dari Nyakai, dipercayai menghembuskan nafas terakhir di dalam ambulans berkenaan selepas mengalami serangan angin ahmar di rumahnya pada awal pagi Jumaat lalu.

Meskipun tindakan undang-undang sudah diambil oleh pihak polis terhadap pemandu Perodua Kembara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap individu itu melalui ruangan komen video tular terbabit.

Anak pemandu (Perodua Kembara) sudah tampil menjelaskan bahawa bapanya mengalami masalah pendengaran kronik.

“Persoalannya, jika benar mengalami masalah pendengaran kronik, mengapa biarkan bapanya terus memandu?” kata salah seorang rakan mendiang yang hanya dikenali sebagai Tam ketika dihubungi Berita Harian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Manakala, seorang lagi rakan mendiang iaitu Victoria tidak percaya masalah pendengaran kronik menyebabkan pemandu Perodua Kembara itu tidak memberi laluan terhadap ambulans berkenaan.

Katanya, ambulans melalui video terbabit dilihat menghidupkan lampu kecemasan dan mustahil bagi pemandu berkenaan tidak menyedarinya ketika berada di laluan hadapan.

“Kalau benar ‘tuli’ (pekak), mengapa sampai lampu kecemasan ambulans itu pun dia tidak sedar melalui cermin sisi kereta sendiri?

“Sebab itulah, bagi saya, ‘tuli’ bukanlah alasan sebenar dia gagal memberi laluan kepada ambulans berkenaan pada saat kecemasan itu,” katanya.

Sementara itu, isteri mendiang berkata, pihaknya menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu Perodua Kembara terbabit berhubung insiden berkenaan.

Namun, tindakan seorang warganet yang mempertikai tempoh masa halangan berkenaan di ruangan video tular itu menyebabkan isteri mendiang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan individu terbabit.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Meskipun (ambulans) hanya dihalang selama 56 saat, namun setiap saat ketika kecemasan itu amatlah terlalu berharga buat saya sebagai isteri mendiang suami.

“Justeru, saya menasihatkan ahli keluarga mereka tidak lagi membenarkan dia memandu kenderaan atau menggunakan alat bantu mendengar jika mahu memandu demi mengelak perkara yang sama berulang,” katanya.

Terdahulu, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jerry Rentap pada Jumaat lalu memuat naik video mengenai pengalaman dihalang pemandu kenderaan ketika memandu ambulans dalam perjalanan ke hospital.

Ambulans itu dipercayai terhalang oleh Perodua Kembara bermula dari kawasan Sabu dari arah Temudok sehingga ke rumah pam air di persimpangan Jalan Hollis dekat Bandar Simanggang.

Ketika berlaku kejadian, dua kakitangan perubatan sedang memberikan bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mendiang di dalam ambulans berkenaan sebelum dia disahkan meninggal dunia. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Sri Aman

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply